Info UMK





Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah universiti yang dibangunkan dengan teras keusahawanan. UMK mempunyai 3 cawangan yang menempatkan fakulti yang berbaza-beza. Antaranya ialah di UMK Kampus Kota, fakulti yang ada ialah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) , di Kampus Bachok ialah Fakulti Teknologi dan Warisan (FTKW ) dan Fakulti Sains Bumi (FSB)di Kampus Jeli. 

Fakulti terawal yang ditubuhkan ialah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Semua pelajar yang belajar di UMK akan belajar tentang keusahawanan selari dengan tema UMK sendiri sebagai sebuah universiti keusahawanan. Relevan,Unik dan Berbeza menjadi slogan bagi UMK yang menggambarkan UMK sebagai sebuah universiti yang unik dan berbeza dengan universiti-universiti yang lain.

Tampil dengan konsep "ENTREPRENEURSHIP IS OUR THRUST" , semua pelajar daripada semua fakulti akan belajar dan diajar tentang keusahawanan selain daripada belajar kos utama yang diambil seperti Hospitaliti , Kesihatan dan sebagainya. Ini merupakan langkah yang sangat proaktif kerana pada masa kini, individu yang mempunyai ilmu keusahawanan mampu untuk pergi lebih jauh dan amat diperlukan dalam industri negara. 

No comments:

Post a Comment