Monday, 30 November 2015

REVIEW BLOG 2

http://www.azlitamasammanis.com/

Bagi review saya tentang blog ini , penulis mengetengahkan tentang resepi-resepi yang telah penulis sendiri mencubanya. Bagi beliau , penulisan blog yang sebegini boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. Bagi design blog ini , blog ini menarik kerana ia agak simple dan tidak berserabut dengan susunan post-post yang banyak. Pembaca akan lebih tertarik untuk membaca blog beliau dan tidak akan merasa bosan. Bagi review tentang content , post yang dihasilkan agak menarik kerana setiap post yang di publish akan disertakan dengan beberapa gambar yang agak menarik. Gambar yang diambil juga merupakan gambar yang diedit dengan menarik dan menonjolkan kreativiti dan inovatif penulis. Content bagi blog ini merupakan himpunan resepi-resepi yang menarik dan kebanyakan resepi adalah resepi yang menjadi. Tidak seperti sesetengah blog , resepi yang diberi kadang kala diubah kandungannya ataupun salah sukatannya.

Tuesday, 24 November 2015

REVIEW BLOG 1

LINK : http://akulovetravel.blogspot.my/

Blog ni banyak menceritakan pengalaman dan hobi penulis yang suka travel ke seluruh negara . Bagi review saya tentang content dalam blog ini agak baik kerana banyak input yang boleh didapati daripada penceritaan penulis. Penulis banyak bercerita tentang tempat-tempat menarik yang telah beliau lawati dan juga bercerita tentang keunikan makanan yang didapati ketika melawat ke sesuatu tempat tersebut. Berdasarkan review tentang design blog pula , agak simple tapi okay bagi jenis blog yang berkisarkan tentang cerita-cerita sebegini. Bagi jenis tulisan yang digunakan pula , agak tidak menarik. Penulis sepatutnya menggunakan font tulisan yang lebih ceria agar orang lebih tertarik untuk membaca blog tersebut. Post blog ini juga banyak mengandungi gambar-gambar yang menarik dari semua tempat yang penulis lawati. Blog ini agak tidak membosankan kerana pengunjung blog boleh melihat gambar-gambar yang menarik dan tidak perlu membaca post-post yang panjang dan agak membosankan.

Tuesday, 17 November 2015

Kisah cuti deepavali

sebulan tak balik rumah lepas raya haji hari tu , sangatlah menyiksa jiwa dan raga . setelah dapat tahu yang 10 nov tu cuti deepavali 2 hari , cuti kesultanan kelantan 2 hari tambah lagi dengan cuti hujung minggu , bersorak gembira laa dapat balik rumah. tapi cuti deepavali tu jatuh pada hari selasa , ahad dengan isnin still ada kelas. terpaksa laa merayu dekat lecturer nak ganti kelas awal-awal. yes , lecturer setuju. then , dapat lah cuti awal , hari jumaat 6hb tu pun dah balik. punya laa happy dapat lepas rindu kat adik-adik , kat mama abah :)