http://www.azlitamasammanis.com/
Bagi review saya tentang blog ini , penulis mengetengahkan tentang resepi-resepi yang telah penulis sendiri mencubanya. Bagi beliau , penulisan blog yang sebegini boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. Bagi design blog ini , blog ini menarik kerana ia agak simple dan tidak berserabut dengan susunan post-post yang banyak. Pembaca akan lebih tertarik untuk membaca blog beliau dan tidak akan merasa bosan. Bagi review tentang content , post yang dihasilkan agak menarik kerana setiap post yang di publish akan disertakan dengan beberapa gambar yang agak menarik. Gambar yang diambil juga merupakan gambar yang diedit dengan menarik dan menonjolkan kreativiti dan inovatif penulis. Content bagi blog ini merupakan himpunan resepi-resepi yang menarik dan kebanyakan resepi adalah resepi yang menjadi. Tidak seperti sesetengah blog , resepi yang diberi kadang kala diubah kandungannya ataupun salah sukatannya.
No comments:
Post a Comment